Bagi anda yang sedang mencari
pekerjaan dalam sektor kerajaan mahupun swasta, pastinya anda pernah
mendengar atau melihat perkataan TRENGKAS kan. kita pastinya tertanya-tanya apakah itu kemahiran trengkas. TRENGKAS berasal dari dua perkataan iaitu Tulisan Ringkas.
Trengkas merupakan suatu kemahiran untuk mencatit perkataan dalam
bentuk yang pendek (SHORTHAND). Kemahiran trengkas ini boleh dipelajari
oleh sesiapa sahaja dengan mudah dan cepat. Boleh belajar melalui buku
atau belajar di rumah secara persendirian. Banyak kegunaannya terutama
untuk pekerjaan seperti SETIAUSAHA/ JURUTRENKGAS/ PEMBERITA dll. dan kepada pelajar-pelajar
MEMUDAHKAN MENGAMBIL CATITAN PENTING dengan CEPAT & BANYAK
terutama semasa mengahadiri kelas atau kuliah. Ianya juga untuk mengisi borang kerja kerajaan dimana dinyatakan kelajuan menaip dan juga kelajuan trengkas & lesen memandu. Kebolehan menaip pula diukur dalam berapa p.s.m. P.s.m bermaksud per se minit. kebolehan menaip ini boleh diukur dengan setkan masa dan taip dalam masa seminit berapa
perkataan yang anda mampu taip. Biasanya paling minimum 30-35 p.s.m.
TRENGKAS
Gambar di bawah merupakan salah satu contoh bentuk trengkas![]() |
credit: google image. |
Sekali pandang macam tulisan jawi tapi dua tiga kali pandang macam
cacing pulak. Sebenarnya kita jarang guna trengkas ni. Selalunya kita
guna short form. Contoh; Yang-yg, cantik-cntk. Biasanya time ber-sms la
kita guna sebab nak jimat kredit kan. Contoh lain;
AKA = also known as
OTW = on the way
P.S.M = Perkataan Setiap Minit
ReplyDeleteMaaf tapi yang gambar tu itu bukan trengkas. Tu shorthand pitman 😅
ReplyDeletejadi trengkas yg sebenar macam mana? ASAP OTW tu ke
Delete